Sunday, May 3, 2009

Selamat datang ke Sithambaram Pillay Tamil School

Selamat datang ke SJK ( T) SITHAMBARAM PILLAY, terletak di pusat bandar Teluk Intan. SPTS merupakan salah satu sekolah tamil di kawasan HILIR PERAK.

Maklumat SPTS

Name and Address:SJK(T) SITHAMBARAM PILLAY,JALAN JAWA,36000 TELUK INTAN, PERAK DARUL RIDZUAN.

Founded:1954

Code:AQA5006

Location:TELUK INTAN TOWN

Status:GOVERNMENT SCHOOL / GOVERNMENT AID SCHOOL

Land Owner:GOVERNMENT


Grade:B

Registration Number:ABD 5103

Telephone Number:05-6214325 Fax Number:05-6237135

E-mail Address:sptsti@yahoo.com.my

Blog Page Address:http://sptsti@blogspot.com.my

Warga spts

Warga spts

sejarah sekolah spts

Sekolah ini didirikan pada tahun 1954 atas 0.4 hektar tanah.Tanah ini merupakan pemberian Kerajaan Negeri Perak.Demi memberi Pendidikan kepada kanak-kanak di sekitar pecan Teluk Intan,Dato K.R.Sithambaram Pillay telah bertungkus lumus mendirikan sekolah ini.Upacara meletakkan batu asas telah dilaksanakan oleh Sri Jath Yogi Suthanantha Barathiyar(Tamil Nadu) pada 20 Jun 1952.Pada 10 Julai 1954 sekolah ini dirasmikan oleh Sultan Yusof Izuddin Shah(Sultan Perak).Pada mulanya sekolah ini mempunyai 10 bilik darjah sahaja.Jumlah murid pula 317 sahaja.Pada ketika itu Madam V.Kannammal PLP,menyandang jawatan sebagai Guru besar yang pertama.(1954-1978)
Sementara itu,disebabkan oleh penambahan murid,pada tahun 1999 satu bangunan bertingkat telah dibina.Kini terdapat 12 buah bilik darjah,sebuah pejabat,kantin,makmal komputer,Pusat Akses,makmal sains,perpustakaan dan bilik PPSMI sedang berfungsi dengan baik.Dibawah pengesyoran Kerajaan sebuah Pra-Sekolah juga ditubuh dan ianya berfungsi dengan baik.Mulai tahun 2004,Pn.M.Mariamah menjadi Guru besar sehingga kini dan di bawah pentadbiran beliau terdapat 26 orang guru dan 6 orang pekerja termasuk PRA.Kini seramai 390 orang murid sedang belajar di sekolah ini. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang terbaik di Daerah Hilir Perak.

Senarai Nama Guru Besar SPTS


1.Pn.V.Kannammal PLP 1954 - 1978
2.Mr. M.D.Somunaidu 1979 - 1984
3.Mr. A.Subramaniam 1984 - 1986
4.Mr. M.Kumariah 1986 - 1989
5.Mr. S.Ponnambalam 1989 - 1994
6.Mr.M.Ramachandran 1994 - 1998
7.Mr. K.Krishnan 1998 - 2000
8.Mr. Chandra Ganthan 2000 - 2001
9.Mr.N.Jayaraman 2001 - 2004
10.Pn.M.Mariamah 2004 - till now

Projek IES di SPTS

Salah satu program anjuran KPM di mana 150 buah sekolah di seluruh Malaysia telah dipilih untuk menjalankan program ini. Item IES telah berjaya dipasang di Sekolah pada 17.10.2008.Syarikat Globalnet telah datang ke sekolah dan memberi kursus kepada 7 orang guru dan seorang juruteknik komputer,bermula pada 20.10.2008-23.02.2008.
Pada 10.01.09 Guru penyelaras Bestari telah menjalankan kursus dalaman kepada semua guru untuk menerapkan kemahiran menggunakan IES.Pada 19.01.09 seperti mana yang telah dijadualkan guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar matajapelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi tahun 3 dan 4 telah mula menjalankan P&P dengan menggunakan IES seminggu sekali. Guru Penyelaras Bestari dan Juruteknik Komputer sentiasa membimbing dan memantau guru-guru yang berkenaan.Guru Besar juga telah membuat pemantaun di beberapa kelas.
Pada 2.3.2009 dua Pegawai dari Global Net telah hadir ‘First Day Assist’ iaitu mereka telah memantau 3 orang guru untuk 3 matapelajaran serta memperkenalkan SMM dalam IES.Pegawai tersebut bagitu berpuas hati dengan pencapaian yang dicapai.Mereka menyarankan supaya meneruskan program ini dengan jayanya.



Quotation of the Day